Saturday, April 25

Setangkai Hati...

Setangkai hati seorang gadis..
kini sudah diambil...
diambil oleh seorang jejaka yang nun jauh disana..

dalam setangkai hati itu..
ada banyak sangat kata hati si gadis itu..
juga...banyak sangat rasa hati si gadis itu...
ada juga sikap si gadis itu...
perasaan si gadis itu juga ada dalam itu..

Tapikan...
tangkai hati itu sangat senang pecah dan rosak...

Walaupun senang pecah dan rosak..
tangkai hati itu boleh dipulihkan..
tapi akan ada parut pada tangkai hati itu..

Lagipun...
tangkai hati itu sudah ada parut lama...
yang telah diguris oleh insan lain..

Insan lain itu agak kejam
sebab dia menguris tangkai hati itu dengan sikapnya sahaja..
dia tidak gunakan senjata...
tidak guna pisau mahupun jarum....
malah dia tidak didorong oleh sesiapa
untuk menguris tangkai hati itu...

Tapi tidak mengapalah...
yang sudah itu sudah la...
'Buang yang keruh ambil yang jernih...'

Mujurlah..
si gadis itu kuat semangat...
si gadis itu merawat juga tangkai hati itu sendirian
si gadis itu mengubat tangkai hati itu berbulan-bulan..
perasaan si gadis itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...

Kerana rasa rawan dihatinya..
si gadis itu simpan kemas perasaan itu dalam tangkai hati itu..
si gadis itu kata...
'Pedihya luka ini...
bagaimana ya aku mahu ubat luka yang sangat parah ini?
Dimana aku boleh dapatkan ubatnya?
Aku sudah simpan terlalu banyak...
perasaan, kata hati, rasa hati dan sebagainya dalam tangkai hati ini..
Adakah aku mampu merawat luka ini?'

Mungkin kerana mahu hidup...
si gadis mampu merawat luka tangkai hati itu...
si gadis itu sangat gembira..
dan si gadis itu memberitahu kegembiraan itu
kepada mereka yang setia menyayangi si gadis itu..

Berbekalkan semangat,
yang masih bersisa dalam tangkai hati si gadis itu..
si gadis mulakan hidup baru...
Dengan penuh senyuman dan kemesraan
si gadis lontarkan kepada orang ramai...

Namun..
Terdetik dalam tangkai hati si gadis itu
untuk berkenalan dengan seorang jejaka ini...
jejaka itu berada dalam kalangan mereka-mereka juga

Tapi..
jejaka itu nun jauh di perantauan..
menuntut ilmu untuk masa hadapan jejaka itu..

Entah kenapa sebabnya...
si gadis itu tertawan pada seorang jejaka ini...
dan si gadis itu tersenyum setiapkali mendapat perhatian...
Perhatian daripada jejaka itu...

dan sentiasa kesenangan pabila mendapat reaksi...
Reaksi daripada si jejaka itu juga...

Mungkin kerana
Si dia sangat matang...
Si jejaka menerima si gadis itu seadanya...
Mungkin juga sikap si jejaka itu melayan kerenah si gadis itu...

Entah la...
terlalu banyak kemungkinan yang tidak dapat dirungkaikan..
si gadis itu kini sudah mampu tersenyum gembira..
senyuman si gadis itu sangat ikhlas..

Senyuman itu...
sebenarnya datang daripada tangkai hati..
Tangkai hati gadis itu...
yang sudah berparut itu..

Kuatnya gadis itu..
sebabnya mampu bangkit kembali..
dan mampu merawat tangkai hati yang luka parah itu..

Dan kini..
gadis itu sudah menyintai jejaka itu..

Ala...
jejaka yang mampu membuat si gadis itu tersenyum..
jejaka itu juga mampu membuat si gadis itu gembira..

Dan si gadis itu
hanya mampu mengucapkan terima kasih sayang...
juga menyayangi dan menyintai kembali jejaka itu...

Kerana..
Jejaka itu telah meluahkan perasaan..
perasaan yang sama si gadis rasa..
Jejaka itu juga menyintai si gadis itu..

Malahan si jejaka itu...
menyungkap kata sayangnya kepada si gadis itu setiap hari...
jejaka itu juga kerap memanggil si gadis itu dengan panggilan sayang...

Hanya si gadis harapkan adalah...
Hubungannya dengan jejaka itu sampai ke penghujung nafasnya...
Mengharapkan si jejaka terus setia...
Mengharapkan parut lama tidak terbuka semula..
Dan mengharapkan kebahagiaan dunia dan akhirat....

..::jauh dimata,dekat dihati::..

No comments:

Papa & Mama in love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

NeoEarth

Followers

~Lawaknya!!!!~

Lawakjenaka.com

Recent Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...