Sunday, December 6

Remaja & Konflik

CABARAN REMAJA

Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan social semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja

*Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
*Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
*Merasa diri dilayan secara tidak adil
*Kesunyian
*Sukar memahami emosi
*Susah membuat keputusan

Hubungan Dengan IbuBapa

Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa

*Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka
*Membincangkan masalah anda dengan mereka
*Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang
*Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
*Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda
*Meraikan harijadi mereka
*Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda

MENANGANI EMOSI

Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian

Apabila Anda Merasa Marah

*Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)
*Berfikir sebelum bertindak
*Tanya diri sendiri
oKenapa saya marah ?
oApalah punca masalah ?
oApakah yang telah saya lakukan ?

PENYELESAIAN KONFLIK

*Kenalpasti punca konflik
*Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
*Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
*Janganlah menyalahkan orang lain
*Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
*Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
*Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
*Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja yang Positif

*Bertimbang rasa
*Yakin terhadap diri sendiri
*Sedia menerima nasihat dan teguran
*Sabar
*Bertanggungjawab
*Rajin dan suka menolong
*Mahir berkomunikasi

Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik

No comments:

Papa & Mama in love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

NeoEarth

Followers

~Lawaknya!!!!~

Lawakjenaka.com

Recent Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...