Thursday, January 28

cerita Nur...

Nur bayak nk cerita..
but...
xde masa nk cerita...
kalo ade masa...
Nur kne study..
sbb Nur skrang kne byk training...

nnt jap lg Nur cerita..
Nur nk berkemas jap..

adiosa...
Salam Nur...
papai

Monday, January 18

lately???

lately..
Nur selalu tido lewat..
y ha???

sape2 leh bntu gua???
mmmmmm

nk kate prblm Nur besar sgt xde la..
hahahahahhaha
pape je la...

k r...
papai..
adiosa...
salam Nur..

Makan??

xd ayah amran tego Nur..
pasl makn...
ayah nur die mcm nk marah..tp xmarah...
psl nur selalu skip makn
Nur bkn xmo mkn.,.
tp Nur xlalu nk mkn...
n Nur rasa mcm Nur xbergerak n xwat pape.
so..Nur rasa xperlu mkn..

xd ptng..
Nur jog dgn perut lapar..
tp Nur leh je jog...
siang Nur xmakn pn......

tp...Nur makan masakan kawan2 Nur..
even Nur xlapar sgt..
tp...ble kawan2 Nur masak...
Nur makan lak..
mmmm

tp ble beli makan kt kafe..Nur xmakan..
ade sekali 2..
Nur beli nasi lemak kat pasar malam..
last2 xmakn...
buang mcm 2 jek...
mmmm

ape2 je la...
Nur xde mood nk makn...
Nur just nk release tension jek...
n cara Nur nk release tension...
Nur main kayak jek...
mmmm

sbb Nur agak tertekan dgn prblm Nur
masalah Nur bkn psl pakwe...
pkan pasl kayak...
tp psl dalaman Nur...
mean..
Nur rasa mcm Nur xckp smpurna nk jd seorang manusia yg baik...
even muslimah yg baik...
Nur sedang mencari jalan keluar...
namun Nur masih terkapai2 utk mencari dahan berpaut...

k la...
Nur xde idea dh nk tulis...
adiosa...
salam Nur

Nur mimpi lg

Tapi kali ni nur selalu xingat dah mimpi nur...
yg nur ingat...
nur xmimpi bnda yg sama...
tp....
nur mimpi orang yg sama...
motif n perkara yg sama...
nur mimpi...

knpe yek???
sape2 leh kasi pndapat???

k la...
adiosa...
salam Nur

Tuesday, December 29

mula busy...

Nur dh start bz...
1 program kursus star 1 n star 2....
lps ni...
Nur xleh anta entry selalu..
Nur pn mungkin akan berkerja...

so...
lps ni...
kalo Nur lmbt anta entry..
sorry sgt...

k la...
Nur nk masuk tido slu...
adiosa....
salam Nur

Monday, December 28

Dendam..

mmg berdosa kalo kite mengutuk orang...
tp...
ia lbh baik dr kite berdendam dgn die....
adekah betul pendapat nur ni???
kita bukan menfitnah..
kite memperkatakan sikap die..
bukan fizikal die...
kita lbh kpd melepas kn amarah sekaligus melepaskan diri kite dr berdendam..

nur insan biasa..
mampu dan akan mmbuat khilaf didunia ini..
namun...nur mahu berubah menjadi yg lbh sempurna...

so ambil la ikhtibar..
hihihi
k la...
adiosa...
salam nur

Sunday, December 27

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Oleh : Shukri Abdullah

Cara untuk kenalpasti perangai kawan

Saya ada satu cara macammana kita nak tahu perangai kawan-kawan kita. Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.

Sebenarnya abah saya yang ajar cara ni kepada adik-beradik saya satu ketika dulu. Dan saya dah pun praktikkan cara ini kepada ramai kawan2 saya.

Apa yang boleh saya katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?

Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen.

Hmm…sebetulnya ia bukanlah soalan sebenarnya. Tetapi ia lebih kepada satu bentuk pemilihan (tapi bukan pemilihan UMNO yer…hehe).

Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.

Nanti apabila dah cukup ramai yang telah menjawab, saya akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda berikan.

Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka? ;)


Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.

Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.

Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.

Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.

Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.

Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.

Sekian. Itulah apa yang diajar oleh abah saya tentang penerangan disebalik pilihan lokasi pokok kelapa ini. Setakat ini saya dah tanya soalan ini kepada berpuluh2 orang kawan saya. Dan majoriti memang mengena. Anda bagaimana?

Apa kata anda cuba praktikkan cara yang saya ajar ini kepada kawan2 anda. Anda cuba tanya dan nilai sendiri jawapan yang diberikan oleh kawan2 anda. Adakah mengena dengan perangai dan sikapnya? Cubalah…. :)

Bila masa yang paling bagus untuk minum air?

Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air?

* Air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa. Tetapi air di sini adalah AIR MASAK! Jangan salah faham pulak yer. ;)

Baiklah, berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa paling bagus untuk minum air?
Minumlah air secukupnya...

Minumlah air secukupnya...

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

* Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman

* Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan

* Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

* Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? Bila anda minum air masak? Lepas makan? Adakah masa minum itu sesuai?

P/s- Kongsikanlah info ini dengan kawan2 anda yang lain…

Menghilangkan Jerawat

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Tips Memilih Pasangan Ideal

Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata orang puteh “How sure are we that he or she is the right person for us?”

Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati.

Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua.

Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya. Benarkah begitu? Entahlah… saya sendiri kurang pasti.

Seseorang pernah menasihati saya bahawa cinta itu boleh datang dan pergi.Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti.

Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

Berikut ini disenaraikan beberapa aspek/ciri penting yang patut ditimbang kira dalam memilih pasangan anda.

1. Pegangan Agama
Pegangan agama merupakan perkara utama yg harus diambil berat.Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?

2. Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini? Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya dan mulakan hidup baru?

3. Kesihatan
Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala malang menimpa.

4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat. Bincang perkara ini sedalam-dalamnya , adakah anda berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?

5. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing 50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100% perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga.
Jika suami mahukan isteri menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda telah berbincang mengenai wang kocek ataupun elaun.Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan. Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.

6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

7. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah anda?Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala “opposite attracts” tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik diantara satu sama lain kerana faktor lain seperti rupa paras ataupun kedudukan.

8. Persefahaman
Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!

9. Keluarga Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja “berkahwin” dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.

10. Keperluan Seksual
“Absolutely no testing here!!”. Maksud sebagai keperluan seksual adalah…bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!

Petua Mengempiskan Perut Buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba beberapa petua di bawah ini. Mudah saja caranya. Kos nya pun sangat murah.

Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.

Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.

Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.

Mimpi..

sejak kebelakangan ni...
Nur kerap mimpi..
setiap kali tido msti mimpi...

mcm2 Nur mimpi...
mcm2 cerita dalm mimpi nur 2...
ada sekali 2...
Nur mimpi psl team kayak...
Nur sering kena marah..
pasl paper work yg kne wat...

tp biasanya..
Nur akan lupa jgk mimpi nur 2...
sbb kalo dok ingat n cari mksdnya...
smpai kesudah xjd kerja...
haahhahahah

tp orang ckp..
kalo tido mimpi..
mean..
kite tido lena...
ye ke??

k la...
Nur nk g jog jap...
adiosa...
salam Nur

Saturday, December 26

Ros Putih






Nur sgt suka rose putih berbanding dgn ros merah...
lawa kn ros putih...

bgi Nur...
ros putih cantik...
membawa makna yg sgt mendalam pada Nur..
Nur sendiri xterungkai makna ros putih..
terlalu subjektif utk diberi tahu...

Nur juga suka ros biru..
tp ade ke???
hhahahahah

k la...
2 je nk kasi taw hari ini...
adiosa....
salam Nur

Wednesday, December 23

Nur dah bertunang

minggu lepas..
abg azuan...abg abgkat nur..
membawa Nur ke sebuah restoran...
restoran mahal pulak 2...
Nur berasa sangat aneh dan pelik dengan perlakuan die..
die xpernah seromantik itu..

pada mulanya...nur ingat die nk tunjukkan some1 kepada Nur..
sbb Nur nampak bekas cincin atas meja...
mungkin die nak nur jadi saksi untuk die melamar orang yang istimewa itu..
setelah duduk dengan selesa dan berborak sedikit dengan abg nur...
die order makanan dan minuman utk 2 orang...

Nur tye le die...'xdakn utk 2 orang jek..?kerusikan ade 4...'
mksd nur kerusi ade 4 2 ialah ada orang lain akan dtng...
abg azuan ckp..'meja ni utk 2 orang je mlm ni..'
'lo...'..nur mengeluh le...

ape pasai le die letak cincin 2 atas meja...
mcm2 nur pikir...
mungkin die nk isi perut dlu..
tp xkan kt restoran makan...
kedai mamak sudah...

lama punya makn..
lepak...(lepak kt restoran mahal???)
borak2...tetiba la pulak die amik tangan nur..
die pegang...
then...terkejut le den...
mano le xterkejutnye...
tetibe wat mcm 2..

'nur, abg nk jd kan nur sebagai suri dlm idup abg' tetiba die ckp mcm 2..
terkejut la nur...
tp...yg lg pelik...Nur terus setuju..
dengan muka terharu..(hampir2 nk menangis...)
nur senyum dan abg azuan sarungkan cincin 2...

esk nye pulak...
jumpe la parent nur..
yg lagi pelik...parent nur setuju...
mlh suh tunang mggu ni jgk...
tmbh pelik....nur masih study lg..(adeh!!!)

so...mggu 2 wat le persiapan pertunangan...
beberapa hari lepas 2...
gi le pejabat kadi dgn abg azuan..
leh lak die mintak RM250 dri abg azuan...
pastu RM2.50 dri nur...(ha????)
mmg pelik...sbb nur ikut jek pe dieorang suh...
kt situ jugak nur bertunang dengan die...(eiiikk???)

keesokannye...
nur cerita la pulak dekat 2 orang jek..
amira dan barakah...my best friend...
dieorng pn gembira...

nur bagitaw mase tgh solat berjemaah..
kt rumah nur..
nur xingat semperna ape..(mggu lepas bru...xkn lupe...mmm)
sebelum 2..
kiteorang ade tumpang kan seorang lelaki..
xknal mane pn...
penah nmpk je muka die..xpnh lak nk tego...
tp yg pelik..
kiteorang leh bergurau mesra mcm mmbe lame....(ape kaitannye???)

tp ari 2 muka nur tersenyum gembira...
mcm di hiperbolakan kn cite ni???
usia nur sekarang 19 thn...
tgh study lg...
tunang dengan abg nur angkt sendri...
bertunang ade 'mas tunang'
tunang kt pejabat kadi???
mkn kt restoran mewah...(xmampu kot)
abg nur seromatik itu?????(MUSTAHIL!!!!!)

sebenarnye...
sume 2 mimpi nur jek...
hahahahahhahahaha
nur mimpi mlm xd..
nur bukan rase happy sbb sume yg terjadi dlm mimpi nur 2...
tp nur tengah mencari maksud sebenarnya...
ade orang ckp..
kalo kite mencerita kn mimpi kite kt orang...
bnda 2 akn jd terbalik

tapi nur lg percaya kalo mimpi itu permaianan syaitan...
lgpn...
nur penah tipu seseorang yg nk mengorat nur..
die tye...dah ade bf ke x...
nur ckp ade....dh tunang le...
die pn terus xkaco nur dh...
agk sbb 2 la nur dpt mimpi ni...
mmmm..
ape2 je la...

k la...
nur ade keje...
adiosa..
salam Nur....

Tuesday, December 22

Untuk kamu wanita

------------------------------------------------------------------------------------

Lirik lagu Permata untuk isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

------------------------------------------------------------------------------------
Lirik Kau Ilhamku

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah



Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu

Maafkanlah oo...
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu

Kau senyumlah oo...
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilhamku...
Kau ilhamku...

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu

Maafkanlah oo...
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oo...
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilhamku...

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu

Mulan...

Baru sebentar tadi Nur habis tengok cerita Mulan..
setiap cerita pasti ada pengajaran yang mahu ditonjolkan oleh pengarah filem...
Nur terfikir.
adakah Mulan itu wujud?
kalau wujud..Mulan antara ikon wanita dunia..
kalau tidak wujud...Mulan sebagai inspirasi...

wanita islam seperti Khatijah,Aisyah,dan ramai lagi juga merupakan ikon wanita...
terutama untuk wanita islam...
malah lagi hebat dari Mulan..

Namun apa yang Nur mahu perkatakan..
Wanita itu sebenarnya lagi kuat...
lagi kuat daripada lelaki...

kerana...kemenangan dan kekalahan semasa peperangan ditentukan oleh kaum wanita..
xpercaya???
kita lihat kisah yang realiti...
mana2 peperangan di dunia ini...yang merawat dan menjaga askar yang cedera adalah golongan wanita...
perjuang kemerdekaan negara kita pn wanita terlibat secara langsung..
wanita juga yang membangkitkan semangat bersatu padu antara masyarakat kita...

Nur sebagai wanita pun Nur bangga..
kerana..
peranan wanita terlalu banyak untuk kepentingan bersama...
lelaki penuh dengan tanggungjawab...
yang meringankan beban kaum adam adalah kaum hawa...

tidak dinafikan..
ada wanita yang pisau cukur...
rosak akhlak...dan sebagainya...
tapi perlu diingatkan...xsemua wanita seperti itu..

untuk itu...tanggungjawab seorang lelaki untuk membimbing wanita...
lelaki kena menanggung empat wanita dalam hidup nya...
iaitu..ibunya,isterinya,anaknya dan saudara kandungnya
sebab itu peranan wanita perlu untuk kepentingan bersama...

Nur tertarik dengan 2 lagu lama dendangan kumpulan kopratasa dan manbai..
lagu permata untuk isteri dan kau ilhamku...
Nur suka lagu ini kerana liriknya..
kalau sesiapa yang istimmewa menghadiahkan lagu ini kepada korang..
lelaki itu sanggat ikhlas..
kerana lagu ini penuh dengan maksud yang tersirat dan tersurat

apa yang Nur nk kasitaw adalah
hargai lah wanita yang kamu sayang dan wanita yang penting dalam hidup kamu..
wanita lain juga perlu dihormati dan dikasihi..
bukan untuk kepentingan diri sahaja..
bukan bahan untuk pemuas nafsu semata2..
bukan menanggung tanggungjawab yang bukan haknya..

wanita itu sangat bermakna untuk sekalian umat dunia ini..
jaga la wanita..
bimbing la wanita...
sayangi la wanita...

kerana wanita juga...
kalian mampu untuk hidup senang dan aman serta selesa..

ok la..
setakat ini sahaja penulisan Nur pada hari ini..
adiosa...
Salam Nur...

Saturday, December 19

Penulisan...

Nur agak gemar membaca buku..
terutama buku motivasi dan buku2 kesihatan...
dalam buku yg nur baca..
antara kandungan yang nur baca dalam buku
Tip-tip Menjadi Individu Menarik
oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar ialah
mengatakan untuk menjadi orang yg mengatasi kebiasaan..
adalah dgn menulis...

Membaca lebih senang kalau nak dibandingkan dengan menulis..
namun...
seseorang yang mahu dilihat menarik,
dinasihatkan supaya menulis..
kerana,
melalui penulisan...
sebagai penulis mampu mencorakkan pemikiran dan idealisme...
kepada orang lain...

mereka yang hebat dan berkemampuan sahaja dapat menulis sesuatu yg dapat dibincangkan dan diperdebatkan....
Penulisan adalah suatu perkara yang membebankan kerana...
mereka yang menulis seharusnya menepati apa yang mereka tulis...

penulisan juga merupakan suatu yang mampu memberi impak yang besar...
kepada pembaca...
melalui penulisan...
penulis mampu meluahkan gaya pemikiran penulis dengan cara tersendiri
Ini menjadi tanda seseorang itu tampak menarik dan berwibawa...

Melalui penulisan juga...
kita dapat mengagak personaliti seseorang penulis itu..
ini dapat menonjolkan lagi sifat2 menarik dalam diri penulis melalui penulisannya..

tidak dapt dinafikan lagi..
melalui penulisan..revolusi sejarah juga boleh berubah..
kerana penulis yang hebat mampu mengubah pemikiran manusia melalui penulisannya...

namun..
asas kepada penulisan yang hebat adalah pembacaan...
sekiranya penulis itu kurang membaca..
maka isi yang tertulis dalam penulisannya kurang mantap,
hasil dari kecetekan ilmu seseorang penulis itu..

maka dengan itu...
sebelum menulis...
kita seharusnya memperbanyakkan ilmu supaya gaya penulisan kita tampak mantap..

selain daripada menulis dalam bentuk
media percetakan(dalam bentuk buku,surat khabar dll...),
penulis juga boleh menulis dalam bentuk media elektronik(blog,laman web,dll)
ini dapat memupuk diri agak menulis...
selain dapat mempertingkatkan mutu dan gaya penulisan....

setakat ini sahaja Nur dapat menulis..
hasil daripada sedikit pembacaan Nur...
adiosa...
Salam Nur....

Tahun baru..

Masih belum terlambat utk Nur
mengucapkan selamat menyambut tahun baru

Pada tahun baru ini..
ada beberapa peristiwa yg telah berlaku..
pertamanya...
kak. Amanda telah selamat diinjabkabulkan pada 1 muharam 1431
bersamaan dgn 18/12/2009 pada 10 pg semalam..
kesian ayah amran...
mesti penat ayah...
apa2 pn selamat pengantin baru kak.Amanda..

hari ini juga Nur kne lg gastrik...
Nur dh mkn skit sblm tido...
tp dalam kul 1.30 pg Nur terjaga pula...
terasa agak pedih perut..
so Nur gi la mkn...
Nur xteringat pn ada milo n susu...
tp adik mask lauk yg agak pedas..
Nur makn jugak...

last2 sekali..makin teruk gastrik Nur..
so...Nur buat la air milo susu...
sekarangan Nur xleh tido...
perut terlalu sakit..
puas ke tandas...xjga lega...
mkin pedih perut ade la....

mata Nur dah mengantuk...
tp xleh tido..
xselesa...
perut sgt pedih...

Nur cuba la baca buku utk melegakan sakit perut...
xleh jgk...
tp...Nur banyak kali juga sendawa...
ok la...
nk keluarkan gas gastrik dalam perut...

k la...
sampai sini je la entri Nur kali ini...
adiosa..
salam Nur...

Thursday, December 17

Selamat Pengantin Baru...

Selamat Pengantin Baru kak amanda..
kak amanda 2 anak ayah amran...
kn best kalo Nur pn ada kt sne...
nk tgk sgt kak. amanda kawin...

kak amanda akan melangsungkn perkawinan die pd 18/12/2009..
besamaan dgn 1 muharam 1431...
msti ayah amran gembira...
nk smbut menantu..
menantu ayah 2 orang kampung ayah jgk..

ayah sgt bz skrang...
mujur ayah amik cuti tahunn die...
so xde la stress dgn kerja kawin kak.amanda lg,,
dgn keje lg...

semoga kak.amanda berbahagia smpai akhir hayat dgn suami..
doa Nur..adik akak...
ada rezeki kite jumpe...
sbb akak pn akan berpindah ke kuantan jgk nnt...

k la...
adiosa...
salam Nur...

Papa & Mama in love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

NeoEarth

Followers

~Lawaknya!!!!~

Lawakjenaka.com

Recent Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...